wg

rindu bertandang lagi..sweet memory 2000...erm...

Sabtu, 28 Januari 2012

Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun

Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun

Misteri: Wanita Vietnam Menjadi Tua Dalam Masa 5 Tahun



    Perubahan wajah seorang wanita Vietnam yang menjadi tua dalam masa lima tahun kini membingungkan para doktor di negara itu.
    Lima tahun lalu umur Nguyen Thi Phuong ialah 21 tahun dan wajahnya cantik mencerminkan rupa paras seorang gadis di umur itu.
    Namun, kini umurnya 26 tahun tetapi wajahnya umpamanya wanita yang sudah berusia lebih daripada 70 tahun.
    Kulit muka, dada dan perutnya kendur.
    “Kulit perut saya berlipat umpama seorang wanita yang bersalin sedangkan saya belum pun mempunyai anak,” katanya.
    Bagaimanapun, kitaran haid dan jumlah gigi, rambut serta pemikirannya masih seperti wanita muda.
    Katanya, perubahan terhadap dirinya bermula selepas dia menjamah makanan laut pada tahun 2008.
    Mungkin disebabkan alergik, dia mengalami gatal-gatal di seluruh badan.
    Mulanya Nguyen memakan ubatan hospital yang menghilangkan rasa gatal tetapi meninggalkan parut gatal.
    “Kemudian saya beralih kepada ubat tradisional, rasa gatal dan parut itu hilang namun kulit saya pula yang mula kendur dan berlipat,” katanya.
    Beliau dan suaminya tidak ingat ubat tradisional apakah atau di mana ia dibeli.
    Suaminya, Thanh Tuyen mempertahankan versi cerita isterinya itu dan setia bersama Nguyen walaupun wanita itu sudah kehilangan keremajaan wajahnya.
    Wanita itu bagaamanapun bernasib baik apabila menerima rawatan percuma dari Hospital Universiti Ho Chi Minh yang mana para doktornya mengesyaki dia mungkin mengalami masalah kulit peringkat serius yang dinamakan mastocytosis.
    Daripada diagnosa yang dibuat, doktor yakin antara 50 hingga 70 peratus keadaan kulitnya yang asal mungkin dapat dikembalikan.
    Sumber: Yahoo! Newsroom

    Andainya aku dimadu

    Bersediakah utk berkongsi kasih..dgn segala kesedihan,kepayahan melawan rasa hati.bersediakah  membayangkan sesuatu dimalam hari..tidur sendirian,bertemankan bantal dan selimut yg dingin dan sejuk.Berteman hati yg terluka dan perasaan yg terguris...Seandainya ini terjadi maka bersedialah anda utk menyediakan tisue dan tuala yg tebal utk menyapu si airmata.Seorang lelaki yg sangat menyayangi memayungi kehidupan tiba2 berpaling kasih.Tapi itu hanya permulaan..Kata orang alah bisa tegal biasa.Mula2 memang rasa terluka hati menanggis hiba.Terasa hidup ini penuh duri cinta dan sengsara..Pandanglah kedepan .Jadilah wanita yg hebat kuat dan tabah.Jadilah wanita yg redha atas tiap yang allah takdirkan.Allah menguji seorang hamba, sesuai dgn kemampuan nya.Wanita yg kedua dtg dibayangkan seperti perampas,merosak segala kebahagian,pemusnah segala impian, tapi tidak semua orang kedua itu jahat.kadang2 dgn kehadiran org kedua itulah merubah segalanya menjadi baik.Rumahtangga yg dulunya hambar dan tawar menjadi manis pahit masam .semuanya rasa ada.Kadang2 kehidupan yg dulu seperti suram tak tahu menghias diri, menghias rumah, tapi sekarang menjadi sebaliknya.Suami pula semakin perihatinSebab itu setiap kejadian ada hikmahnya,Jgn disesali dgn apa yg terjadi...tapi terimalah ia dgn lapang dada, redha dan rasa bersyukur.Allah akan mengandakan yg terbaik jika kita tahu menghargai apa yang di takdirkan pada kita.Bersabarlah menghadapi dugaan hidup ini.Dunia ini bukan tempat utk bersedih meratap dan menghiba.Kehidupan ini cuma sementara.Kita hanyalah perempuan yg dihalalkan oleh allah utk mempunyai 3 org lagi rakan dlm perkongsian kasih.....

    Isnin, 23 Januari 2012

    PENYAKIT KENCING TIKUS APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS?



    Umum sudah tau tentang pemergian penyanyi dan pengacara Allahyarham Izwan pilus baru2 ni…Alfatihah untuk arwah..
    Dan di khabarkan Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah berpunca dari kencing tikus…bagi yang xtau apa itu penyakit kencing tikus, jom baca dan ambil langkah berjaga2 agar x terkena dengan diri anda…

    PENYAKIT KENCING TIKUS
    APAKAH ITU PENYAKIT KENCING TIKUS? 
    Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
    ADAKAH TIKUS HAIWAN PEMBAWA BAKTERIA INI??
    Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti  anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
    BAGAIMANA MANUSIA BOLEH DIJANGKITI?
    Manusia boleh mendapat jangkitan Leptospirosis apabila mengharung atau berenang dalam air tercemar yang tidak mengandungi klorin. Bahkan, menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia selain sentuhan langsung dengan air kencing, darah atau tisu haiwan yang dijangkiti.
    Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Bagaimanapun, bakteria ini tidak dipindahkan dari satu individu ke individu lain.
    Faktor risiko termasuklah:

    -Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas seperti petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja sistem pembentungan, pesawah dan anggota tentera.

    -Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.

    -Terdedah kepada peralatan dan haiwan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang sembelihan dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

    yg ni pulak kenyataan dari Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf…

    Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.
    Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.
    170 anak
    “Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
    “Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).
    “Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.
    Tambah Intan, kitaran hidup tikus yang cepat membiak dan sukar dikawal membantu penyebaran bakteria dengan lebih meluas.
    “Jangka hayat tikus betina adalah di antara dua dan tiga tahun tetapi ia sudah boleh bunting dan aktif seks hanya dalam tempoh enam minggu.
    “Setiap kelahiran, tikus boleh melahirkan lima hingga tujuh ekor anak tikus. Tikus betina boleh bunting sebaik melahirkan anak,” kata Intan.
    Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.
    Tikus gemarkan sampah dan air bertakung seperti di lorong belakang hotel terkemuka, kolong bawah tanah hinggalah ke petak sawah atau kandang kuda. Rumah yang dijaga rapi juga tidak terkecuali daripada menjadi sasaran makhluk perosak tersebut.
    “Bakteria Leptospira akan tersebar melalui cecair yang dikeluarkan oleh tikus seperti air kencing, air liur, darah, air mani dan najis.

    Rumput

    “Malah, tikus betina yang bunting boleh memindahkan bakteria tersebut kepada anak dalam kandungannya.
    “Bakteria daripada kencing tikus juga boleh tersebar melalui air atau tanah. Menyentuh pokok atau tanah lembap yang tercemar juga boleh memindahkan bakteria kepada manusia.
    “Oleh sebab itu, saya mengesyorkan pemakaian sarung tangan sewaktu melakukan kerja-kerja berkebun dan basuh tangan menggunakan antiseptik,” kata Intan.
    Menurut beliau, jangkitan terus bakteria Leptospira daripada tubuh tikus jarang dilaporkan sebaliknya terjadi apabila haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing meminum air dari lopak yang sudah dicemari dengan kencing tikus.
    “Kebiasaannya kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis.
    “Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembap lain juga akan terdedah kepada jangkitan ini,” ujarnya.

    Gerudi
    Simptom penyakit hanya akan muncul dalam masa empat hingga 12 hari selepas kuman atau bakteria Leptospira menjangkiti haiwan atau manusia.
    “Lazimnya, bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.
    “Bakteria ini akan menggerudi sel-sel dalam badan termasuk hati dan buah pinggang. Malah, dua organ tersebut adalah lokasi utama pembiakan bakteria ini.
    “Akibatnya, sel-sel organ penting haiwan yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah,” jelas Intan.
    Dalam kes serius, leptospirosis boleh menyebabkan kematian. Tahap jangkitan berbeza antara individu atau haiwan mengikut daya ketahanan masing-masing.
    “Sukar untuk mengenal pasti jangkitan ini pada peringkat awal kerana simptom yang ditunjukkan sangat umum.
    “Pemeriksaan terperinci melibatkan ujian makmal, ujian darah, analisis air kencing dan beberapa ujian lain perlu dilakukan sebelum mengetahui ia berpunca daripada Leptospira,” ujarnya.
    Kata Intan, simptom akan menjadi lebih serius apabila penyakit memasuki fasa kedua dan ketiga kerana ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan kerosakan hati.

    “Apabila dijangkiti, biasanya bakteria Leptospira mengambil masa sekitar 10 hari untuk sampai ke organ penting sebelum menimbulkan gejala.
    “Dalam tempoh ini, rawatan sewajarnya perlu diberikan untuk mengelak komplikasi tidak diingini,” kata Intan.
    Seperti jangkitan bakteria lain, leptospirosis boleh dirawat dengan mengambil antibiotik seperti penisilin, streptomisin, eritromisin, tetrasiklin dan doksisiklin.
    “Kos ujian mengenal pasti bakteria Leptospira tinggi sehingga menyebabkan kebanyakan pemilik haiwan yang dijangkiti kuman itu hanya mengambil rawatan berdasarkan simptom yang ditunjukkan haiwan peliharaan mereka.
    “Untuk tujuan itu, antibiotik adalah pilihan utama namun ia tidak akan membunuh bakteria itu sepenuhnya sebaliknya hanya meredakan simptom jangkitan seperti demam panas, muntah, cirit-birit atau demam kuning.
    “Malah selepas tiga bulan ia sihat secara klinikalnya, bakteria itu masih ada di tubuhnya,” jelasnya.

    Jumaat, 13 Januari 2012

    Wanita ini memiliki 2 faraj

    “Pasangan saya memiliki dua pilihan,” kata Hazel Jones, seorang wanita berusia 27 tahun dalam wawancara dengan sebuah stesen televisyen ITV kelmarin.
    Untuk pengetahuan anda, Hazel memiliki dua faraj yang terletak ‘sebelah menyebelah’.
    Dia juga menjelaskan bahawa dirinya sudah tiada dara – di kedua-duanya!
    Hazel didiagnosis memiliki kelainan yang terjadi satu dalam sejuta manusia.
    Selama ini Hazel selalu tertanya-tanya mengapa dia sering menderita kesakitan dan kekejangan semasa datangnya haid.



    Ketika berusia 14 tahun, iaitu setelah menjalani diagnosis doktor, barulah dia mengetahui tentang keadaan badannya yang menakjubkan yang tidak dimiliki oleh wanita lain.
    Dia yang berasal dari High Wycombe, Britain ini rupa-rupanya memiliki dua vagina dan dua rahim.
    Pakar perubatan, Dr. Dawn Harper menjelaskan, keadaan yang dialami Hazel ini disebut uterus didelphys.
    Keadaan ini terjadi apabila dinding penyekat pada tabung rahim gagal memecah ketika Jones masih bayi.
    Akibatnya, dua rahim terbentuk diikuti dua vagina.


    Dua uterus diikuti dengan dua vagina yang terpisah adalah kejadian yang sangat jarang berlaku.
    Menurut Dr. Harper, Hazel berkemungkinan akan mengalami komplikasi jika ia hamil.
    Dia, menurut Harper, mungkin akan mengalami risiko tinggi semasa hamil tua, keguguran, kelahiran tidak cukup bulan atau mengalami pendarahan ketika hamil.
    Hazel dalam pada itu menolak untuk melakukan pembedahan bagi mengubah farajnya, ini kerana dia selesa dengan kehidupannya sekarang.
    ” Saya memiliki kehidupan seks yang hebat ketika ini ”
    Ketika ditanya mengenai teman lelakinya, Hazel menjawab: ” Dia dapat dua daripada ‘dua-dua’ yang saya miliki.” 

    Sabtu, 7 Januari 2012

    Sabarlah sayang...

    Tatkala ujian menimpa, nak buat apa?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Kawan-kawan yang saya hormati sekalian…
    Dalam kita menyusuri sepanjang liku hidup ini, pasti banyak suka dan duka kita lalui. Beribu onak dan duri kita rasai. Pasti ada ketika kita tersungkur kerana silap percaturan.
    Kawan-kawan…
    Bumi yang mana tidak ditimpa hujan, lautan yang mana tak dilanda taufan. Setiap insan pasti diuji dengan pelbagai ujian.
    Renungi dan fahamilah firman Allah SWT dalam Surah Al’Ankabuut ,ayat 2-3
    “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang orang yang dusta.”
    Waktu diuji kita selalunya bersedih, kadangkala menangis sendirian kerana begitu beratnya ujian. Dunia terasa sempit menghimpit perasaan, kita mula hilang pertimbangan. Tidak semena mena menunding jari kepada insan di sekeliling kita dengan pelbagai tuduhan.

    Malah ada juga yang berkali kali menyalahkan diri sendiri hingga memperosokkan diri sendiri dalam dimensi kekecewaan. Ada juga tidak segan silu merintih dan memarahi takdir illahi kerana dirinya terpilih untuk diuji sedemikian rupa.
    Bukankah kita ini terlalu mengikut perasaan?

    Hakikatnya, ujian itu mematangkan kita melalui pengalaman yang mengajar susur galur kehidupan.
    Kawan kawan…
    Ketahuilah permata yang terbenam dalam lumpur takkan terhasil tanpa haba dan tekanan yang tinggi. Ia juga takkan bersinar bergemerlapan jika tidak dicanai, diasah dan digilap. Apakah kita ingin menjadi permata yang teguh bergemerlapan atau rela menjadi pasir yang hancur kerana tak mampu bertahan?
    Setiap ujian akan memantapkan keimanan bagi orang orang yang tabah dan sabar, sebaliknya membawa kehancuran jika membiarkan diri hanyut tanpa pedoman. Berapa ramai orang yang tersungkur terus tersungkur, terjerumus dalam keseronokan duniawi berlebih-lebihan dengan alasan cuba melupakan kepedihan?
    Malah ada yang sanggup bertindak melampau dengan merentap jiwa mereka sendiri kerana ceteknya pertimbangan. Ingatlah pada Allah SWT, setiap jiwa itu amat berharga, tidak untuk dimusnahkan begitu sahaja.
    Ingatlah kawan…
    Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Allah SWT yang mencipta kita, pastilah Allah SWT jua amat memahami kemampuan diri kita. Oleh itu, janganlah mudah berputus asa.

    Tips Menghadapi Ujian

    Waktu dilanda ujian,
    • Redha dan bersabarlah. Orang bersabar kental jiwanya.
    • Ambillah waktu seketika untuk bertenang, kerana jiwa yang tenang menjernihkan pemikiran.
    • Keringkan air matamu kawan, rawatlah luka hatimu, ubatilah sakitmu kerana menghadapi dugaan memerlukan kekuatan rohani dan jasmani.
    • Carilah teman pendampingmu yang mampu menyokongmu dan membakar semangatmu.
    • Bertaubatlah kepada Allah SWT, kita insan lemah tidak pernah sunyi dari melakukan dosa.
    • Dekatkan diri kepada Pencipta, berserah dan mohonlah petunjuk semoga dimudahkan segala urusan. Tiada penolong yang lebih baik selain Allah SWT. Berdoalah dengan membulatkan keyakinan terhadap Allah SWT.

    “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan orang orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunilah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. Amin (doa dipetik dari ayat 286, surah Al-Baqarah)

    Andaikata kita pernah tersilap langkah, marilah kita sama sama kembali ke pangkal jalan, jalan yang lurus lagi diredhai Allah swt. Masih belum terlambat, masih ada kesempatan.
    Janganlah kita berputus asa dari rahmat Ilahi walaupun sudah jauh menyimpang. Jalan pulang sentiasa ada, pintu taubat sentiasa terbuka.
    Andai tersungkur lagi, sapulah debu-debu dari wajahmu, lalu bangkitlah kembali, berjuanglah menghadapi ujian dengan penuh ketabahan.

    Dalam menyusuri hidup yang berliku,
    Kadangkala tersungkur di lembah gelap sejuk membeku,
    Mata terpejam tubuh lena terkaku,
    Tika mengaum guruh jauh berbatu batu,
    Tubuh tersentak terjagalah aku,
    Mula meraba mencari cahaya yang satu,
    Cahaya hangat buat penyuluh hidupku.

    Salam hormat. Salam ketabahan. Semoga anda tabah mengharungi cabaran dalam kehidupan.