Jangan tak tau ! Memang ada lelaki gay walaupun dah berkawin. Tu semua nak coverline jer .. Bukan nak tabur fitnah tapi inilah hakikat masalah dunia sekarang .
Hurm.. Semakin ramai gay di Malaysia.. Tak tau la dari mana diorang belajar semua ni. Internet ? Sewaktu studi di luar negara ? Atau genetik ?? Biar betik !
Di Facebeook , jangan cerita la bab gay ni .. Berlambak ! Tu si Baskoro Ahmad yang guna gambar aku di profile palsunya tu , penuh cerita pasal gay ! Tak pasal pasal aku lak yang kena !
Dalam Harian Metro hari ni , “Tanpa diketahuinya, saya pulang awal ke rumah dan sejurus tiba saya nampak ada lelaki lain yang tidak berbaju bersama suami di dalam bilik tidur kami. “Apabila saya masuk ke rumah secara mengejut, muka suami pucat dan menggelabah, namun masih cuba berselindung dengan memberi alasan lelaki itu rakannya yang datang ke rumah untuk berehat,” katanya.
Selepas kejadian itu, perasaan Liza semakin kuat mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena terutama apabila membaca SMS berunsur lucah di dalam telefon bimbit milik suami dan perbualan di laman sosial facebook suaminya juga ada banyak perkataan lucah.
“Saya juga menemui e-mel berunsur lucah selain gambar bogel lelaki dan perempuan. Lebih mengejutkan, semua gambar dan e-mel lucah yang diterima suami datangnya daripada lelaki.
“Saya sungguh sedih, lebih-lebih lagi bila terbaca perbualan kotor suami saya dengan pasangan gaynya,” katanya.
Hurm… entahlah… nak kata apa dah … Bagi la hadis atau petikan dari Al-Quran , selagi dok bertuhankan nafsu songsang tu selagi tu la macam tu ..
Semoga Allah beri hidayah pada golongan ini … Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan